Wednesday, March 15, 2006

cincin suasa haram x utk lelaki?

terbaca satu blog nih pasai hukum lelaki pakai cincin suasa. mula2 baca xpaham aper yg dimaksudkan ngan cincin suasa tuh pastuh bila baca komen2 org baru la ader makhluk Allah ni terangkan yg cincin suasa tuh campuran emas ngan perak. cincin suasa kalu dah campuran emas ngan perak kenapa lelaki leh pakai pulak? confuse nya. bukan kalu dah namanyer pon ade emas, lelaki haram la kan pakainyer.. tp ..cam ramai je lelaki pakai sekarang.. kalu emas celup pon xbleh kan? saje je sbb mmg xpenah tau maksud suasa tuh dan rasa cam menarik lak sbb ramai org lelaki pakai walaupun tau xleh..fenings


Show Recent Messages (F3)

BUZZ!!!
aku: ader org x?
aku: nak tanya nih
aku: cincin suasa tau tak?
aku: cincin tu lelaki leh pakai ke x?
aku: hanya tuk pengetahuan umum
min: ermm
min: ada
min: cincin suasa lelaki leh pakai
aku: kenapa?
min: emas je yg lelaki tak leh pakai
min: sbb suasa tu bukan mas
aku: suasa tuk bukan campuran emas ngan perak ke?
min: a..ah
min: dia campuran
min: tp bukan 100% mas
min: situasi ni
min: macam sutera gak
aku: kalu cam tu kalu arak campur ngan air kosong leh minum ?
min: kalau campuran leh pakai
min: kalau 100% takleh
min: tak leh
min: sbb arak kalau cmapur ngan air
min: still memabukkan
min: arak tak leh minum bukan sbb kandungan dia 100% arak
min: tp takleh minum sbb dia memabukkan
min: kes ni tak sama mcm babi
aku: ader dalil aper2 ke
min: ermm
min: dalil tu tak pastu
min: *pasti
min: sbb takde la plak hafal
min: tp leh search kot
min: sat ek
min: nak try cari
aku: pelik sbb walaupun campuran..still emas jugakkan?
aku: erm..cincin tuh leh bawak gi solat x?
min: setaunya
min: kaalu suasa boleh
aku: http://www.surau.ladang.net/modu...op=View&id=2062

Ini adalah isu khilafiah; ada ulamak yang mengatakan haram, makruh dan mubah (harus).
Dalam hal ini, pandangan madzhab Syafi'iy (Imam Nawawi dalam al Muhadzab) menjelaskan jika kandungan emas itu kurang daripada logam lain, maka ia harus digunakan; contohnya logam suasa (gabungan antara emas, perak dan tembaga) ia
diharuskan kerana kandungan emas kurang daripada logam perak dan tembaga. Ibn Hazm (Muhalla), menjelaskan penemuan-penemuan baru dalam menghasilkan logam campuran (termasuk teknologi gold-plating dan silver-plating) adalah perkara-perkara baru yang tidak menyerupai hukum asal emas dan perak. Dalam hal ini mengikut tafsiran dari kata-kata Ibn Hazm, maka menggunakan barangan perhiasan dari teknologi menyadur logam atau mencamp
aku: teknologi menyadur logam atau mencampurkan logam adalah harus. Ia dipanggil hukum atTasybih (barangan menyerupai yang haram tapi zatnya tidak haram)

Fuqaha' yang berpendapat makruh ialah: Imam al Muhaqqiq Ibn Rajab alHanbali (Ahkam alKhawatim, ms 41) yang menukilkan fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal (Mursyidnya),"Tidak ada cincin bagi lelaki kecuali perak."

aku: cam xjelas jer
min: ermm
min: sebenarnya
min: ada banyak pendapat pasal
min: cincin emas perak atau suasa ni
min: actually kan
min: lelaki tka leh pakai sebarang barng kemas
min: melainkan cincin yg tak dibuat oleh emas
min: ada yg berpendapat
min: suasa takpe sbb kandungan perak+tembaga melebihi emas dan logam yg terhasil dr segi zatnya(fizikal) tak tergolong dalam katogari logam emas
min: sbb tu ada yg berpendapat boleh pakai
min: ada jugak yg kata
min: tak leh pakai langsung
min: tp yg pasti
min: cincin lelaki adalah sunat bg lelaki sbb rasulullah pon pakai cincin perak
aku: jadi pakai cincin perak jer la
aku: xyah la nak pakai suasa
aku: sbb benda tuh xjelas
aku: hehehe
aku: actually terbaca pasai benda nih lam blog org lain
aku: pastuh xtau pon cincin suasa tuh aper
aku: then baca2 cam rasa besh lak
aku: sbb jadi controversi
aku: sbb ada yg kata leh pakai tp xleh bawak gi solat
aku: ade yg tak tau..main pakai jer sampai lam solat
min: aaa
min: yg tu sebetulnya
min: yg pasti
min: mmg tak leh bawak solat
min: boleh kalau nak pakai
min: mcm sutera yg bukan 100% gak la
min: boleh pakai
aku: asal xleh bawak gi solat
aku: ?
min: tp tak leh bawak solat
min: kalau sutera tu
min: sbb
aku: xphm
min: dia kan buat dari air liur ulat
aku: sutera tu pon lelaki xleh pakai kan
min: mcm kotor
min: a..ah
min: tak leh
aku: kenapa nak pakai jugak
min: lelaki takleh pakai
aku: adoi
min: atas sbb bermegah2
min: dulu2
min: sutera ni mcm emas la jugak
min: lambang kekayaan
min: kemegahan
min: sbb tu diharamkan bg lelaki
min: ala
min: ni sama la mcm kaler rambut
min: benda tu tak boleh kan
min: tp ada gak yg nak pakai
min: ni terserah pada individu la
min: lgpon
min: kalau ikutkan org2 kita
min: sebelum dtg islam lg
min: mmg suka sangat ngan perhiasan emas2 ni
min: kan tu lambang kekayaan
min: lambang kemewahan
min: lama2 dah jadi adat
min: pastu mcm kemestian
min: anak2 pompuan
min: kena ada sekurang2nya seurat rantai kan?
min: masalahnya
min: benda ni
aku: aa lelebih lagi time raya
min: campuran antara adat dan agama
min: banyak org kita tka tau
min: sbb tu dorang pakai gak
min: tu la kata
min: kita ni
min: nm je islam
min: tp banyak benda yg kita tak tau
min: contohnya
min: bebenda camni la
min: skali kalau org tanya
min: kat anak ..jawab pon tak reti kan?
min: kena rujuk sana sini dulu
min: seb baik la ko terbaca blog tu
min: leh gak la kita cari2
min: search sana sini
min: kaalu tak?


kalu x?? erm..sma2 jahil la jadinyer...sajer je nak kongsi dgn sumer sbb mmg xpenah ambik tau pon bab2 nih..tu pon terjenguk blog org lain

6 Comments:

At 2:49 PM, March 16, 2006, Anonymous dk said...

suasa....... dr apa aku baca.. n dr apa yg aku rasa.. aku rasa ok je nak bakai suasa tu...

cuma usha kat kedai2 roti.. kan ada jual air2 cm jenis chaimpage ke apa ke.. ko tgk kat botol tu non alkhohol.. so leh minum ke tak?? ada cm2 perisa oo... botol dia pun cun2..

 
At 11:17 PM, March 16, 2006, Blogger nurshamira che anuar said...

entah sbb nak main rasa2 pon xleh kan sbb benda nih ade kaitan ngan halal haram..benda nih pon ade byk pertikaian antara ulama..nak pakai ke x tu hak individu tuh..cuma nak tau haram ke makhruh ke harus ke sbb senang tuk masa hadapan..hihihihi

 
At 7:38 AM, October 26, 2006, Blogger napy8gen said...

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Fikrah/20060512101929/Article/indexs_html
ada sesetngah pendapat kata boleh dan ada kata tak boleh..tapi firasat hati aku kata boleh, sbb suasa pada rupanya cam tembaga tapi lagi muram takde cantiknya seperti emas..campuran emasnya pun sikit sekadar utk bagi warna.

 
At 6:39 PM, February 10, 2009, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..

apa hukum org lelaki memakai cincin suasa?

ada pendapat mengatakan haram.

minta penjelasan dari ust.



--------------------------------------------------------------------------------

w.salam

Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.

Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:

"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut

wallahua'lam

petikan dari WEB http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html

 
At 8:58 PM, May 10, 2010, Anonymous Anonymous said...

Hukum memakai cincin suasa bg lelaki...

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1763&newlang=mas

 
At 1:35 AM, December 31, 2011, Blogger Unknown said...

HARAM + HALAL = HARAM..
sebagai perkongsian

 

Post a Comment

<< Home

Yahoo! Avatars
Name:
Location: seoul, South Korea